c

Digital Literacy – KDB Awareness

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas untuk Klik Dengan Bijak. Peserta yang terlibat adalah seramai 9 orang. Kelas ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menambah pengetahuan para pelajar tentang keselamatan penggunaan internet. Para pelajar disediakan dengan papan permainan dan juga kad arahan yang mempunyai ganjaran dan juga denda. Setiap kali pemain berhenti di kotak yang mempunyai perkataan “Safe” atau “Unsafe” mereka perlu menjawab soalan yang diajukan dengan menulis jawapan mereka di kertas yang disediakan dan soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan video KDB yang ditonton.

Pemenang ditentukan dengan mengira pemenang bagi setiap pusingan dan jumlah jawapan yang betul. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, dan permainan berlangsung sebanyak 3 pusingan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali